Friday 9 November 2012

Vitamin Asas utk Kulit


Vitamin A, sifat antioksidannya membantu mengelak radikal bebas yang boleh merosakkan kulit melalui pengoksidaan. Ia bukan saja melindungi kulit daripada kekeringan, malah melindungi kulit daripada "keratinization" (proses di mana epidermis mengeras menjadi bahan yang membentuk rambut dan kuku), psoriasis (penyakit kulit yang ditandai dengan merah, gatal atau bersisik tompok), jerawat, dan juga kedutan. Vitamin A juga penting untuk mata yang sihat dan dipercayai boleh mengelak penyakit katarak, degenerasi makula, glaukoma dan lain-lain penyakit okular yang berkaitan dengan usia.




Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan kulit, rambut dan kuku kita berkembang atau tumbuh dengan sihat. Kekurangan mana-mana Vitamin B boleh membawa kepada kulit kering, kulit kelabu, dermatitis, kedut, jerawat, ruam, rambut gugur dan lemah serta kuku mudah patah.

Vitamin C diperlukan oleh badan kita untuk membuat kolagen iaitu tisu penghubung yang memberikan kulit anda keanjalan. Vitamin C juga membantu luka untuk cepat sembuh, dan ia juga berfungsi sebagai antioksidan. Vitamin C juga membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan matahari dan alam sekitar.

Vitamin E mempunyai faedah untuk merawat parut, jerawat dan kedutan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan semula sel. Ini mewujudkan kesan anti-penuaan, yang menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan Vitamin E juga mampu menghalang kita daripada mendapat penyakit yang disebabkan oleh Radikal Bebas.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us on Facebook