Wednesday 18 July 2012

Senarai Breast Milk Booster

Pastinya ibu-ibu yang menyusu anak sering membuat pencarian "breast milk booster" bagi membantu penghasilan susu badan agar lebih banyak. Saya juga begitu sebab saya sendiri mempunyai 2 orang anak. Anak pertama saya cuma sempat menyusu sehingga dia berumur 8 bulan. Terpaksa berhenti awal atas sebab perubatan. Anak yg ke-2 baru berumur 41 hari ( baru lps merdeka pantang hokay..) dan sudah semestinya saya tengah rancak dan bersemangat memberi dia susu badan. Kali ini saya berazam untuk menyusukan dia sehingga 2 tahun. Insyallah..

Okla, berbalik kepada breast milk booster yang ada dipasaran, sememangnya ada banyak. Jom kita lihat senarai di bawah. Mungkin entry ini boleh membantu ibu-ibu mencuba milk booster yg bersesuaian.

1. Alfalfa Shaklee
2. Snowdrop Fenugreek Capsule
3. Neuners - Organic Nursing Tea
4. Pil ASI
5. AmazeHerb Fenugreek Enrich
6. Mother Love More Milk Plus Vegetarian Capsules
7. Moringa Capsules
8. Earth Mama Milkmaid Tea
9. Nurturing Remedies – Galacta capsules
10. Etc.

Cukupla la yang saya senarai. Tu yg saya tahu je, sebenarnya masih banyak lagi diluar sana. Kalau anda tanya yang mana yang paling bagus, susah untuk saya katakan sebab tak semua tindakbalas sama pada semua orang. Yang penting kita mencuba, ye tak?

Walau apa sekalipun, suka saya ingatkan ibu-ibu jangan hanya fokus kepada memakan vitamin atau supplement untuk menambah susu semata-mata. Ibu-ibu juga perlu mengambil vitamin bagi memastikan susu yang dihasilkan mempunyai cukup zat-zat yang diperlukan oleh anak dan yg penting badan ibu juga cergas dan sihat dalam melakukan urusan seharian dan juga menjaga anak.
Ibu sihat keluarga bahagia, tak gitu?

Sebab itulah saya sendiri mengambil set breastfeeding Shaklee sebab ianya lengkap drp vitamin utk memperbanyakkan susu sehinggala vitamin untuk kesihatan ibu dan juga anaknya.. Apalagi? Hubungi saya utk mengetahui maklumat lanjut mengenai set yg saya ambil. Sangat-sangat berbaloi dan harganya juga amatla mampu milik..;-)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us on Facebook