Friday 27 July 2012

Radikal Bebas

Ramai di antara kita yang mengamalkan kehidupan tidak sihat menjadi tua sebelum usia dan bila usia meningkat pula penyakit makin bertambah. Tahu tak kenapa boleh jadi macam tu?

Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.

Dari mana datangnya radikal bebas dan apa kesannya?

Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan sebatian badan dan menghasilkan radikal bebas. Selain dari proses biasa badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan radikal bebas. Masalah akan timbul
apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres pengoksidaan.

Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui pertalian antara stres pengoksidaan dengan lebih dari 200 jenis penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif.

Bagaimana menangani radikal bebas?

Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebas.
Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan beta karotina.

Kesimpulannya, bila kita mengamalkan hidup yang tidak sihat kita akan jadi cepat tua, bukan dari segi umur tapi dari segi penampilan kita. Dan bila kita tua nanti, badan kita akan mendapat pelbagai penyakit yg disebabkan oleh serangan radikal bebas tersebut. Oleh sebab itu, kita mesti memastikan pengambilan vitamin dan supplement yang cukup untuk menentang radikal bebas. Saya suka nak bagiau yang Shaklee mampu memberi kita bantuan untuk menentang radikal bebas dengan produknya iaitu dengan pengambilan Sustained Release Vita-C (Vitamin C), Vita-E Complex (Vitamin E) dan Carotomax (Beta Carotene). Pastikan pengambilan yang konsisten dan berterusan untuk memastikan kesan yang optimum.

Kalau sapa2 nak sentiasa nampak muda dan sihat bila dah tua esok hari, hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee pada harga yang amat berpatutan...;-)

Sumber : www.kesihatan.biz





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us on Facebook