Tuesday 31 July 2012

Set 3M dan Tip untuk Ibu Menyusu

Salam Ramadhan,

Nampaknya dah 11 hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu, dah hampir setengah bulan. Malam ni saya nak share pasal nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu yg menyusu. Di samping memastikan bekalan susu yg cukup utk bayi, amat penting utk ibu-ibu menyusu juga memastikan pengambilan zat-zat penting dalam pemakanan untuk bayi dan ibu itu sendiri. Set 3M yg sememangnya terkenal dengan respon-respon positif drp ibu2 sekalian mendapat sambutan yg amat menggalakkan. Jom kita lihat apa yg ada dalam Set 3M:-

Set 3M mengandungi:
•Energizing Soy Protein(ESP) – 1 Canister(850gm)
•OsteMatrix – 1 Bottle (120 Tabs)
•Vita-Lea : 30 Tabs
•Vita-C : 30 Tabs
•B Complex : 30 Tabs
•Alfalfa : 60 Tabs + 30 Tabs (FREE)

Kenapa ibu menyusu perlu mengambil set lengkap 3M ini?

Energizing Soy Protein(ESP)
•memberi tenaga
•membantu melancarkan penghasilan susu
•penting untuk kelenjar dan tumbesaran
•mencantikkan kulit si ibu
•membantu kawal paras kolesterol
•memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.
•Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi
• Payudara mudah tegang dan tidak kendur/lembik

Ostematrix
•Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain.
•Mengelakkan osteoporosis
•Mengatasi jaundice pada bayi dengan membekalkan Vitamin D kepada bayi melalui susu ibu.

Vitalea (Multivitamin) with Iron
•Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
•Membekalkan zat besi dalam susu ibu untuk pembesaran anak.

Vita-C
•Antihistamine semulajadi utk mengatasi alahan
•meningkatkan antibodi dalam susu ibu.
•Menyembuhkan luka dengan cepat terutamanya apabila puting luka digigit oleh anak.
•menghasilkan kolagen dan seterusnya membuatkan kulit makin bersih, cerah & cantik.

B-Complex
•Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein,
•Anti stress (sebagai penenang),
•Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,
•menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga bagi mengatasi keletihan
•mengatasi masalah murung dan stress dan seterusnya membantu melancarkan penghasilan susu
•Menjadikan wajah ibu cantik berseri dan tidak kusam.

Alfalfa
•Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu
•membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu.
•ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan.
•Bayi akan kurang kembung (angin dalam badan

Saya sertakan juga tip untuk banyakkan susu ibu yang perlu dilakukan selain dari memakan supplement:-

1. Banyakkan minum air/jus buah-buahan/makanan bersup.(sehari dlm 2liter++)
2. Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
3. Banyakkan makanan berprotein. Protein penting kerana komposisi utama dalam susuibu ialah protien dan protein diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yg sihat. Sebab tu ESP (energizing soy protein) ni highly recommended dan digemari semua ibu.
4. Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3x sehari
5. Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih..
6. Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
7. Makan lebih sayur2an ..especially sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti brokoli,lobak putih,seleri, sawi putih, peria, Ulam pegaga, Ulam jantung pisang,

Last but not least, jangan lupa berdoa memohon dariNya kerana susu ibu itu rezeki dan rezeki itu hak Allah. Sedikit atau banyak titisan susu ibu yang mengalir,hanya Dia yg menentukannya. Elakkan mengeluh kerana mengeluh itu menjauhkan dari rahmat Allah. Banyakkan bersyukur dan beristigfar dan ingatlah perjalanan penyusuan setiap ibu itu berbeza. Saya doakan yang terbaik utk kita semua dan hanya Dia yg mengetahui yg terbaik buat kita. Ameen..

(Sumber mamafaiz.com)

Friday 27 July 2012

Radikal Bebas

Ramai di antara kita yang mengamalkan kehidupan tidak sihat menjadi tua sebelum usia dan bila usia meningkat pula penyakit makin bertambah. Tahu tak kenapa boleh jadi macam tu?

Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.

Dari mana datangnya radikal bebas dan apa kesannya?

Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan sebatian badan dan menghasilkan radikal bebas. Selain dari proses biasa badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan radikal bebas. Masalah akan timbul
apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres pengoksidaan.

Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui pertalian antara stres pengoksidaan dengan lebih dari 200 jenis penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif.

Bagaimana menangani radikal bebas?

Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebas.
Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan beta karotina.

Kesimpulannya, bila kita mengamalkan hidup yang tidak sihat kita akan jadi cepat tua, bukan dari segi umur tapi dari segi penampilan kita. Dan bila kita tua nanti, badan kita akan mendapat pelbagai penyakit yg disebabkan oleh serangan radikal bebas tersebut. Oleh sebab itu, kita mesti memastikan pengambilan vitamin dan supplement yang cukup untuk menentang radikal bebas. Saya suka nak bagiau yang Shaklee mampu memberi kita bantuan untuk menentang radikal bebas dengan produknya iaitu dengan pengambilan Sustained Release Vita-C (Vitamin C), Vita-E Complex (Vitamin E) dan Carotomax (Beta Carotene). Pastikan pengambilan yang konsisten dan berterusan untuk memastikan kesan yang optimum.

Kalau sapa2 nak sentiasa nampak muda dan sihat bila dah tua esok hari, hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee pada harga yang amat berpatutan...;-)

Sumber : www.kesihatan.biz





Thursday 26 July 2012

Tips mudah memilih set penyusuan

Salam puasa semua,

Dah 5 hari kita berpuasa rupanya, cepat betul masa berlalu. Pasti ibu-ibu sedang sibuk mengumpul stok sementara masih diawal puasa ini kan? Jangan risau sebab kami boleh membantu ibu-ibu untuk memastikan bekalan susu yang cukup dengan bantuan vitamin dan supplement. Sememangnya kami menyediakan beberapa set utk ibu menyusu mengikut keperluan masing-masing. Di sini saya berikan sedikit tips agar ibu-ibu semua tidak pening utk memilih:-

Set 3M*
Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.
Ia menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?
1. Ibu kepada bayi kembar
2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
3. Ibu yang nak kumpul stok.
4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.


Set E*
Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa & Ostematrix
Siapa yang sesuai ambil?
1. Ibu yang sering keletihan melampau.
2. Ibu yang alah dengan susu lembu.
3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.

Set B*
Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa
Siapa yang perlukannya?
1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.
2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.
3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.

Set Eu Four Pack*
Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.
1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.
2. Ibu yang keletihan.
3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.
4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.

Kami akan turut menyediakan jadual pengambilan, tips-tips mengepam dan penyusuan serta konsultasi secara percuma KHAS HANYA UNTUK PEMBELI My Ultravitamin - Kedai Vitamin Maya Anda

sumber : http://www.anakkuwiraku.com/2012/05/tips-mudah-memilih-set-penyusuan.html

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Thursday 19 July 2012

Khasiat Alfalfa Shaklee





Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.


Khasiat Alfalfa adalah seperti berikut:


1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.


2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).


3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.


4) Membantu membuang angin dalam badan.

5) Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.

6)Melegakan sakit sendi dan belakang

7)Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint

9)Memberi kelegaan semasa haid

10)Merawat arthitis

11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema

12)Mencuci usus bagi membuang toksik

13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang

14)Meneutralkan asid dalam badan

15)Merawat masalah keputihan pada wanita

16)Membesar dan menegangkan payudara

17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri

18)Memulihkan urat selepas bersalin

19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

20)Meningkatkan stamina seorang suami

21)Melegakan sembelit 



22)Dan banyak lagi..


Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.



AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus)  


Sumber : vitaminsemulajadi.com


Wednesday 18 July 2012

Senarai Breast Milk Booster

Pastinya ibu-ibu yang menyusu anak sering membuat pencarian "breast milk booster" bagi membantu penghasilan susu badan agar lebih banyak. Saya juga begitu sebab saya sendiri mempunyai 2 orang anak. Anak pertama saya cuma sempat menyusu sehingga dia berumur 8 bulan. Terpaksa berhenti awal atas sebab perubatan. Anak yg ke-2 baru berumur 41 hari ( baru lps merdeka pantang hokay..) dan sudah semestinya saya tengah rancak dan bersemangat memberi dia susu badan. Kali ini saya berazam untuk menyusukan dia sehingga 2 tahun. Insyallah..

Okla, berbalik kepada breast milk booster yang ada dipasaran, sememangnya ada banyak. Jom kita lihat senarai di bawah. Mungkin entry ini boleh membantu ibu-ibu mencuba milk booster yg bersesuaian.

1. Alfalfa Shaklee
2. Snowdrop Fenugreek Capsule
3. Neuners - Organic Nursing Tea
4. Pil ASI
5. AmazeHerb Fenugreek Enrich
6. Mother Love More Milk Plus Vegetarian Capsules
7. Moringa Capsules
8. Earth Mama Milkmaid Tea
9. Nurturing Remedies – Galacta capsules
10. Etc.

Cukupla la yang saya senarai. Tu yg saya tahu je, sebenarnya masih banyak lagi diluar sana. Kalau anda tanya yang mana yang paling bagus, susah untuk saya katakan sebab tak semua tindakbalas sama pada semua orang. Yang penting kita mencuba, ye tak?

Walau apa sekalipun, suka saya ingatkan ibu-ibu jangan hanya fokus kepada memakan vitamin atau supplement untuk menambah susu semata-mata. Ibu-ibu juga perlu mengambil vitamin bagi memastikan susu yang dihasilkan mempunyai cukup zat-zat yang diperlukan oleh anak dan yg penting badan ibu juga cergas dan sihat dalam melakukan urusan seharian dan juga menjaga anak.
Ibu sihat keluarga bahagia, tak gitu?

Sebab itulah saya sendiri mengambil set breastfeeding Shaklee sebab ianya lengkap drp vitamin utk memperbanyakkan susu sehinggala vitamin untuk kesihatan ibu dan juga anaknya.. Apalagi? Hubungi saya utk mengetahui maklumat lanjut mengenai set yg saya ambil. Sangat-sangat berbaloi dan harganya juga amatla mampu milik..;-)


Kenapa Vitamin Shaklee Lebih Baik?




Ramai yang bertanya dan mempersoalkan, KENAPA PERLU SUSAH2 ORDER SHAKLEE, CUMA VITAMIN SAJA… DI FARMASI PUN ADA…

Di sini ingin saya memperbetulkan sedikit persepsi ini. VITAMIN..ya kita boleh mendapatkan vitamin dari mana2 kedai pun. Dalam minuman ringan pun katanya ada VITAMIN C.

Namun vitamin yang sering kita tengok dan sebut tu… ada beberapa perkara yang kita tak pernah ambil tahu:

  • Daripada apa ia dibuat?
  • Apakah ujian2 yang dilakukan ke atasnya?
  • Apakah ia halal?
  • Apakah ia BENAR-BENAR VITAMIN?
  • Sejauh mana keberkesanan dari segi kadar peresapannya?
  • Apakah ia mencukupi untuk tubuh kita?
  • dll

Salah satu perkara yang penting dalam pembuatan vitamin/mineral ialah UJIAN yang dilakukan ke atas vitamin2 tersebut.

Biasanya ada 4 tahap penyelidikan yang dilalukan ke atas sesuatu produk perubatan, dan untuk nutraseutikal biasanya melalui 3 tahap sahaja, atau ada yang kurang dari itu. Ujian2 tersebut ialah:

1. PENYELIDIKAN ASAS - kaji selidik dilakukan dengan pembacaan dari rekod2 yang pernah dilakukan sebelum ini, jurnal dan sebagainya. Mungkin ada melakukan interview.. untuk mendapatkan kefahaman.
2. UJIAN MAKMAL - ujian2 dan kajian dibuat di dalam makmal terhadap satu2 produk.
3. UJIAN TERHADAP HAIWAN – biasanya tikus digunakan untuk menjalankan ujian ini. Biasa kan kita dengar penyataan “tikus2 yang diberi XXXX mengalami reaksi YYYY”.
4. UJIAN KLINIKAL – kajian yang dilakukan terhadap manusia.

Dan Shaklee adalah SATU-SATUNYA produk kesihatan yang melalui ujian klinikal, malah ia turut diuji oleh makmal pihak ketiga bagi memastikan mutu dan keberkesanannya terhadap kesihatan.
Masih ragu-ragu?


Sumber : vitaminsemulajadi.com

Tuesday 17 July 2012

Persediaan Berpuasa Untuk Ibu Menyusu


Bulan Ramadhan bakal muncul jadi bagi ibu yang menyusukan pastinya sedang sibuk bersedia dengan stok susu untuk digunakan sebagai ‘back-up’ untuk menghadapi kemeruduman yang mungkin terjadi di bulan puasa nanti. Walaupun ibu menyusu diberi kemudahan iaitu rukhsah untuk berbuka (dengan syarat2 tertentu) tetapi tidak salah untuk membuat persediaan untuk berpuasa penuh.
Di sini saya mencadangkan produk Shaklee yang sesuai untuk para ibu pada bulan puasa nanti.
Vitalea, B Complex, Vita-C, Alfalfa dan Energizing Soy Protein boleh diambil sekarang untuk menyediakan stok EBM bagi bulan puasa. Performance drink pula sesuai diambil semasa bulan puasa dan pada hari-hari yang panas, atau ketika ibu kurang sihat.
Saya sendiri mengamalkan pengambilan Performance Drink ini dan alhamdulillah, susu badan saya seperti biasa meskipun seharian berpuasa.
Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan produk-produk ini. Pasti memberi lebih banyak kebaikan, terutama kepada ibu yang sibuk dan sering keletihan.





Sumber drp: http://vitaminsemulajadi.com/

Kulit Yang Cantik, Semudah A-B-C


Nak dapatkan kulit yang cantik? Ada rahsia kah?

Tiada rahsia.. Kerana ianya semudah A-B-C saja!

Kenapa ABC? Kerana vitamin untuk kulit cantik adalah terdiri dari vitamin2 A, B dan C!

Jom kita lihat bagaimana vitamin2 ni boleh membantu mencantikkan kulit..

Vitamin A membantu memperbaiki tisu badan, mengelakkan kekeringan kulit dan melambatkan kesan penuaan.
Vitamin B memperbaiki peredaran darah, menstabilkan hormon dan meratakan warna kulit.
Vitamin C membantu mengekalkan paras kolagen yang penting untuk membaiki kulit rosak serta menjaganya agar selalu licin, tegang dan sihat.

Satu lagi yang penting untuk kulit cantik terutama yang mengalami masalah kulit seperti jerawat dan sebagainya adalah vitamin E yang juga merupakan antioksidan.

Apakah produk Shaklee untuk tujuan ini?












Kebaikan dan Keistimewaan Mengambil Vitamin C Shaklee



  1. Time released
  2. Semulajadi tanpa bahan pengawet
  3. Sesuai utk org yg gastrik.
  4. Bioflavonoid dlm Vitamin C Shaklee membantu  Vitamin C  jadi lebih aktif.
  5. Kalau demam atau selsema, patahkan 2 biji  Vitamin C Shaklee dan telan.
  6. Maksud "Sustained Release" tu, Vit C tersebut akan di "release' utk bdn secara berperingkat. Let say vit tu 500mg, jadi setiap 1 jam,100mg vit c akan direlease utk kegunaan bdn.
  7. Knp susah2 je shaklee cipta time release?
    Sbb vitamin c dapat diserap dgn baik oleh badan pada dos yang rendah. Semakin tinggi dos semakin sedikit yang dapat diserap.
  8. Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex! Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, tak ade dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer.
  9. Pelepasan dalam masa 5 jam tp maintain vit c dalam darah for 12 jam. Walaupun ia larut air tp bkn masuk terus keluar, dia akan bekerja dulu dgn sel badan sebelum dia keluar. Satu fakta ttg vit C ialah badan kita xboleh simpan vit C tapi ia digunapakai dlu sblm dibuang, in this case bersamaan kita makan oren selama 5 jam, tp bkn masa tu je kita ada bekalan vit C sbb td dia kuar perlahan2


Sumber : Ladyboss

Sunday 15 July 2012

Vitamin Untuk Kulit Cantik

Siapa yang taknak cantik, bukan? Semua orang nak kelihatan cantik. Salah satu faktor yang menampakkan kecantikan seseorang ialah dari kulitnya yang gebu, mulus, licin.. Kulit yang kusam, kerepot.. pastinya akan nampak tak berseri walaupun seseorang tu memiliki paras yang menarik.

Untuk menjaga kulit, dari segi luaran tu kita boleh bersihkan, guna pencuci muka, masker dan sebagainya. Tapi bagaimana pula dengan menyerikan kulit dari dalam? Kata orang seri dari dalam lebih berkekalan…

American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan vita C dan Vita E merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.
Pesanlah set untuk Skin Care @ Wajah Berseri hari ini dan dapatkan hadiah menarik untuk trial pack dan full pack ;) Hanya dari  kami My Ultravitamin.
p/s: Vitamin E juga dikenali sebagai VITAMIN CINTA. Kenapa??? tunggguuu~~..

Bahaya Vitamin C Sintetik – Merosakkan DNA


Kini ramai yang mengambil suplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian. Ini adalah kerana pelbagai faktor sekeliling yang menyebabkan sesetengah orang berpendapat “Saya perlukan suplemen”. Walau bagaimana pun, adakah anda benar2 perlukan suplemen? Dan, adakah anda memerlukan suplemen yang anda sedang ambil itu? Maksud saya, vitamin sintetik (sekiranya ada).

Ramai orang yang telah bertukar dari vitamin sintetik, atau vitamin yang tidak diketahui adakah ia natural atau sintetik; bila cuba vitamin Shaklee, mereka mengakui “lain”. Apa yang lainnya?
Ya pasti lain antara bunga asli dengan bunga plastik.
Namun, perbezaannya bukan setakat itu saja. Vitamin  sintetik memberi kesan lebih dari cuma “sintetik”.
vitamin c sintetik
Dalam satu kajian yang dibuat oleh University of Leicester, London, 500 mg vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama mereka juga menghasilkan radikal bebas!

Kajian berkaitan juga pernah dibuat oleh seorang profesor dari Mount Sinai School of Medicine, New York tentang kerosakan yang dibuat oleh vitamin C sintetik ini.  Beliau berkata bahawa Vitamin C sintetik adalh tidak sama langsung dengan vitamin C dalam buat sitrus, yang mana vitamin C dalam buah bertindak sebagai antioksidan. Manakala vitamin C dalam suplemen sintetik ni adalah agen radox- yakni bertindak sebagai antioksidan pada masa yang sama sebagai pro-oksidan. Akibatnya, ia menyebabkan kerosakan sel seterusnya kerosakan DNA.

Vitamin C sintetik adalah asid askorbik yang dibuat dalam makmal tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar kerana ia cuma ada asid askorbik tanpa komponen2 lain vitamin C seperti bioflavonoids, rutin dan lain-lain.

Jadi, sila berhati-hati dalam pemilihan suplemen. Pilihlah suplemen semulajadi kerana ia diperbuat dari sumber vitamin C yang asli, bukan semata-mata asid askorbik. Kajian menunjukkan asid askorbik tidak memberikan kesan seperti vitamin C tanpa kehadiran bioflavonoids dan komponen2 lain.


Sumber : www.vitaminsemulajadi.com

Saturday 14 July 2012

Fungsi-fungsi Vitamin



VITAMIN ASAS

Energizing Soy Protein
Menyediakan tenaga berterusan
membantu untuk mengurangkan kolesterol.
Mengandungi lima vitamin B, separuh daripada Nilai Harian kalsium, dan isoflavon soya 
Membantu mengawal keseimbangan hormon semasa peralihan tempoh menopaus.
Membantu untuk menambah susu badan

Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)
Membantu dalam penjagaan kesihatan yang baik.
Mengandungi beta karotena yang membantu dalam penyelenggaraan pertumbuhan, penglihatan, dan tisu pembangunan.
Mengandungi Kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D, untuk tulang yang sihat dan gigi.
Mengandungi Biotin dan asid bantuan Pantothenic untuk metabolisme lemak dan karbohidrat.
Mengandungi Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah.

*Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang mempunyai kecenderungan untuk systemic lupus erythematosus harus merujuk kepada doktor mereka sebelum memakan produk ini.

Vitamin C
Penyembuhan luka
Penghasilan kolagen (penting untuk kekuatan saluran darah, gusi dan keanjalan kulit)
Membantu penyerapan besi
Penting bagi berfungsinya sistem imunisasi dan rintangan terhadap jangkitan.
Detoksifikasi pelbagai bahan kimia toksik
Membantu mengurangkan simptom alahan.

Vitamin E
Membantu jantung untuk kekal sihat
Membantu melindungi membran dan lapisan paru-paru dan saluran darah.
Memperbaiki peredaran dan keanjalan tisu.
Melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer
Membantu penghidap ekzema, dengan membantu untuk melegakan gatal-gatal dan kulit kering
Mengurangkan kesan regangan dan parut.
Membantu menyembuhkan sindrom usus 
   
Vitamin B Complex
Mengandungi 8 jeni vitamin iaitu B1, B2, B6, B12, Naisin, Biotin, Pantothenic Acid dan Asid Folic.
Membantu menghasilkan tenaga - dpt menghilangkan rasa lesu dan letih
Mencegah rasa stress dan murung
Menngatasi sembelit
Menghasilkan rambut, kulit dan kuku yang sihat dan cantik
Baik untuk kesihatan urat saraf

Zinc
Menyembuhkan luka.
Terlibat dalam penghasilan insulin.
Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
Mengawal kelemumur.

Lecithin
Mengandungi asid lemak penting yang diperlukan tubuh.
Menolong mengeluarkan lemak dari sel - bagus untuk menurunkan berat badan.
Bagus untuk rambut.
Menegangkan dan melembutkan kulit.

Alfalfa
Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
Mengatasi sakit sendi.
Membanyakkan susu badan

ANTI OKSIDA

Carotomax
Penyelenggaraan kesihatan yang baik. *
Membantu mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembangunan tisu.
Membantu mengekalkan kesihatan kulit dan mukus membran. *

ANTI PENUAAN

Vivix
Vivix ™ Campuran Minuman Botani adalah satu kejayaan revolusioner dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi adunan unik botani Cuspidatum Polygonum, Muscadine anggur, Eropah elderberi dan Carrot Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia drp sebatian tumbuhan dengan manfaat antioksidan.

Collagen Powder
Terdiri daripada 4.000 mg proprietari RSS Kolagen (Red Snapper Skala)
Kualiti kolagen tulen dan tinggi yang diekstrak daripada skala Red Snapper.
Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B, digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan fungsi kolagen dan menyokong kecantikan anda dari dalam dan luar.


KESIHATAN TAMBAHAN

Omega Guard
Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain lain.
Mengurangkan risiko sakit jantung.
Memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi fungsi sendi.

GLA Complex
Membantu dalam mengurangkan PMS (pre-menstrual syndrome) dan ekzema.
Menyokong sistem imun.

      Nutriferon
Nutriferon mengandungi campuran proprietari ekstrak daripada tumbuhan semulajadi yang berasal dari benih labu, biji Plantago, bunga tanaman merambat berbau harum Jepun dan bunga safflower. Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee

Friday 13 July 2012

Susu ku mencurah

Ha...baca tajuk mcm gempak je kan? Tp mmg gempak pun tp jgnla bygkan mencurah mcm air terjun plak..yg pastinya lebih banyak drp biasa.

Kenapa ye?

Semestinya sebab saya tgh consume vitamin shaklee utk bagi tambah susu. Alhamdulillah walaupun baru 3 hari saya consume so far dh npk kesan positif.

Baby saya baru umur 35 hari dan saya cuba utk fully breastfeed walaupun ada sesekali mak saya terpaksa bagi susu formula sbb ank menangis kelaparan tp saya plak tgh sakit perut dok membuang air besor.. Nak tak nak kene la bg replacement kalau tak meraung je la.

Lately ni sebelum start amik vitamin, susu yg saya perah cuma boleh dpt 3oz atau jrg2 skali dpt 4oz. Cecah 5oz pn bru skali sepanjang 35 hari ni tu pun masa awl2 aritu. Tapi pagi ni saya dapat perah byk, dpt 6oz walaupon sepanjang malam semalam Baby Marissa asyik nenen je. Dan yg paling penting susu saya nampak pekat drp biasa. Alhamdulillah...

Utk pengetahuan semua sekarang ni saya tgh consume vitamin berikut:-
1. Vita-Lea iron formula
2. Vitamin B complex
3. Vitamin C
5. Alfalfa

Bleh klik sini kalau nak tahu kebaikan vitamin2 ni.

Sehingga di sini dulu ye, nanti saya share lagi kebaikan mengambil vitamin...:-)

Wednesday 11 July 2012

Kebaikan Vitamin B Complex


Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.

  • Gejala kekurangan vitamin B:
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress

Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.
Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.
Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Dapatkan vitamin B complex natural untuk membantu fungsi tubuh anda

Vitamin Supplements Shaklee Terbaik?



Vitamin supplement terbaik pastinya menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan. Ya, benar. Memilih vitamin bukan seperti membeli baju. Pilih yang paling cantik/mahal/murah, etc.. bila tak suka, beli lain. Ini kerana elemen vitamin itu akan berada dalam tubuh kita.

TAHUKAH ANDA : FDA (Food & Drug Administration) telah menjalankan ujian terhadap 324 jenis vitamin untuk menguji kandungan plumbum, dan hanya 4 JENIS SAHAJA yang bebas plumbum!


Tidak keterlaluan jika saya katakan, daripada anda mengambil vitamin yang salah, adalah lebih baik tidak mengambil supplement langsung!



Jadual di atas menunjukkan ujian yang dijalankan dengan kerjasama University of California Barkeley School of Public Health ke atas 3 kumpulan:-
  • Pengamal vitamin Shaklee
  • Pengamal vitamin jenis lain
  • Tidak mengamalkan sebarang vitamin

Dari ujian di atas menujukkan bahawa pengambilan Shaklee jauh lebih baik dari suplemen lain, dan terdapat keadaan yang mana tidak mengambil suplemen adalah lebih baik daripada mengambil suplemen selain Shaklee. Kenapa?
  • Lambakan vitamin sintetik
  • Kebanyakan produk vitamin tidak menjalankan ujian klinikal (walaupun tak perlu, tapi Shaklee buat ujian ni)
  • Supplement lain ada yang mengandungi bahan berbahaya
Jadi, untuk kesihatan anda, jangan kedekut dengan mengatakan “Shaklee mahal lah, saya nak makan vitamin murah-murah je”
Adakah kesihatan kita semurah itu?

Fikir-fikirkan…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us on Facebook