Tuesday 31 July 2012

Set 3M dan Tip untuk Ibu Menyusu

Salam Ramadhan,

Nampaknya dah 11 hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu, dah hampir setengah bulan. Malam ni saya nak share pasal nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu yg menyusu. Di samping memastikan bekalan susu yg cukup utk bayi, amat penting utk ibu-ibu menyusu juga memastikan pengambilan zat-zat penting dalam pemakanan untuk bayi dan ibu itu sendiri. Set 3M yg sememangnya terkenal dengan respon-respon positif drp ibu2 sekalian mendapat sambutan yg amat menggalakkan. Jom kita lihat apa yg ada dalam Set 3M:-

Set 3M mengandungi:
•Energizing Soy Protein(ESP) – 1 Canister(850gm)
•OsteMatrix – 1 Bottle (120 Tabs)
•Vita-Lea : 30 Tabs
•Vita-C : 30 Tabs
•B Complex : 30 Tabs
•Alfalfa : 60 Tabs + 30 Tabs (FREE)

Kenapa ibu menyusu perlu mengambil set lengkap 3M ini?

Energizing Soy Protein(ESP)
•memberi tenaga
•membantu melancarkan penghasilan susu
•penting untuk kelenjar dan tumbesaran
•mencantikkan kulit si ibu
•membantu kawal paras kolesterol
•memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.
•Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi
• Payudara mudah tegang dan tidak kendur/lembik

Ostematrix
•Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain.
•Mengelakkan osteoporosis
•Mengatasi jaundice pada bayi dengan membekalkan Vitamin D kepada bayi melalui susu ibu.

Vitalea (Multivitamin) with Iron
•Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
•Membekalkan zat besi dalam susu ibu untuk pembesaran anak.

Vita-C
•Antihistamine semulajadi utk mengatasi alahan
•meningkatkan antibodi dalam susu ibu.
•Menyembuhkan luka dengan cepat terutamanya apabila puting luka digigit oleh anak.
•menghasilkan kolagen dan seterusnya membuatkan kulit makin bersih, cerah & cantik.

B-Complex
•Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein,
•Anti stress (sebagai penenang),
•Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,
•menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga bagi mengatasi keletihan
•mengatasi masalah murung dan stress dan seterusnya membantu melancarkan penghasilan susu
•Menjadikan wajah ibu cantik berseri dan tidak kusam.

Alfalfa
•Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu
•membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu.
•ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan.
•Bayi akan kurang kembung (angin dalam badan

Saya sertakan juga tip untuk banyakkan susu ibu yang perlu dilakukan selain dari memakan supplement:-

1. Banyakkan minum air/jus buah-buahan/makanan bersup.(sehari dlm 2liter++)
2. Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
3. Banyakkan makanan berprotein. Protein penting kerana komposisi utama dalam susuibu ialah protien dan protein diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yg sihat. Sebab tu ESP (energizing soy protein) ni highly recommended dan digemari semua ibu.
4. Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3x sehari
5. Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih..
6. Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
7. Makan lebih sayur2an ..especially sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti brokoli,lobak putih,seleri, sawi putih, peria, Ulam pegaga, Ulam jantung pisang,

Last but not least, jangan lupa berdoa memohon dariNya kerana susu ibu itu rezeki dan rezeki itu hak Allah. Sedikit atau banyak titisan susu ibu yang mengalir,hanya Dia yg menentukannya. Elakkan mengeluh kerana mengeluh itu menjauhkan dari rahmat Allah. Banyakkan bersyukur dan beristigfar dan ingatlah perjalanan penyusuan setiap ibu itu berbeza. Saya doakan yang terbaik utk kita semua dan hanya Dia yg mengetahui yg terbaik buat kita. Ameen..

(Sumber mamafaiz.com)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us on Facebook